Semasa

TNB ” Tutop Sementara 433 Pencawang Elektrik Atas Faktor Keselamatan

Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup sementara 433 pencawang elektrik di negeri-negeri terjejas. Menurut laporan Bernama, TNB mengambil langkah berkenaan atas faktor keselamatan ekoran bencana banjir yang berlaku.

Menerusi satu kenyataan hari ini, TNB berkata, sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, Kelantan (tujuh), Selangor (117), Kuala Lumpur (45) Melaka (10) dan Negeri Sembilan (17).

TNB

Menurutnya, elakkan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

“Selepas banjir surut, pengguna disaran untuk mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memeriksa pendawaian di dalam premis mereka yang dinaiki air.

“TNB memahami kesukaran yang dialami para mangsa banjir, namun keselamatan mereka tetap menjadi pertimbangan utama dalam proses pemulihan bekalan tenaga apabila air surut.

“Terima kasih atas persefahaman dan kesabaran masing-masing untuk membolehkan TNB mengambil langkah-langkah perlu demi memastikan keselamatan terjamin sepanjang proses pemulihan bekalan,” katanya.

SUMBER : HARIANMETRO

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *