Semasa

Baru Semalam Bapa Laungkan Azan, Mayat Mangsa Lemas Dibawa Arus Banjir Ditemui

Sejak semalam, tular di media sosial seorang bapa yang melaungkan azan ketika operasi mencari anaknya yang dikhuatiri lemas susulan dihanyutkan arus deras di pintasan Cempaka.

Mohd Halimi Nazlan, 34 bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Pahang dari Kuantan telah dihanyutkan arus yang terlalu deras.

Rakannya sempat menyelamatkan diri dengan memecah cermin belakang kereta namun mangsa tidak sempat menyelamatkan diri. Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar tengah malam semalam.

Walau bagaimanapun, selepas 3 hari dipercayai hilang, operator kilang tersebut telah ditermui oleh pihak bomba dan penyelamat kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menerusi laporan dari Astro Awani, Pihak Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkan yang jenazah allahyarham Halimi telah dijumpai kira-kira 5 kilometer dari lokasi dilaporkan hanyut.

Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sekitar jam 7.31 dan jenazah allahyarham telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Mohd Halimi Nazlan dipercayai telah dihanyutkan arus deras setelah bergegas pulang apabila dimaklumkan bapanya yang rumah mereka telah dinaiki air.

Namun ketika di pintasa Cempaka, kereta Exora yang dinaiki mangsa telah dibawa arus manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Kereta mangsa telah ditemui dahulu, namun kelibat mangsa masih lagi belum dijumpai sehinggalah bapanya, datang ke lokasi kejadian dan melaungkan azan sebagai salah satu ikhtiar anaknya ditemui dalam masa terdekat.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Kredit Ohmymedia

Sumber: Astro Awani (Mohd Zailani Md Atan), Facebook Mohd Halimi

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *