Semasa

PENGOTOR! Wanita Ini Terkedu Tengok Keadaan Rumah Selepas 10 Bulan Disewakan

penyewa
Keadaan rumah sewa.

 

Sebagai manusia yang cukup akal fikiran dan rasional, kita haruslah tahu basic menjaga kebersihan.

Lebih-lebih lagi jika menyewa rumah orang lain, sudah tentu menjaga barangan tuan rumah dan kebersihan di sekelilingnya harus dititikberatkan.

Sudah banyak cerita yang kita dengar tentang penyewa tidak bertanggungjawab seperti membiarkan rumah bersepah, tidak membayar sewa bulanan, bil api, air dan sebagainya.

Tidak terkecuali dengan sebuah posting di Facebook baru-baru ini apabila tular keadaan rumah sewa yang tidak terjaga serta bersepah gara-gara mendapat penyewa yang tidak semenggah.

penyewa
Sumber Facebook : Suhaila Sujak

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Suhaila Sujak di laman Facebooknya, kelihatan dia meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila melihat rumahnya yang bersepah ibarat tongkang pecah.

Apa yang mengejutkan adalah penyewa rumahnya itu hanyalah dua orang perempuan. Tetapi jika dilihat keadaan rumah itu, ia seperti dihuni oleh ramai orang bukan?

Lebih menyedihkan adalah apabila tuan rumah sudah menyediakan kemudahan seperti peti ais, mesin basuh baju dan sterika untuk kegunaan penyewa.

Namun, selepas diberikan peluang kedua dan sebaik sahaja hampir 10 bulan, rumahnya tetap dalam keadaan sama.

 

penyewa

penyewa

penyewa

penyewa

penyewa

penyewa

penyewa

Rata-rata warganet turut meluahka rasa jijik mereka selepas melihat keadaan rumah itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *