Semasa

Baru Dua Bulan Kahwin , Penghantar Makanan Maut Kemalangan Di Langgar Kereta

Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditungganinya merempuh sebuah kereta dalam kejadian di simpang empat, Jalan Kuarters KLIA, Nilai, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, mangsa, Azreeq Azri, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dari arah Bandar Enstek, dekat sini menuju ke Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

.

.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa sedang bergerak terus telah melanggar sebuah kereta Perodua Alza yang tiba-tiba datang dari simpang arah kanan. Mangsa lalu jatuh di atas jalan.

“Akibat pelanggaran, mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

 

 

Ujar beliau, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”

Sumber : utusan online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *