Semasa

Percutian Bertukar Tragedi, Remaja 16 Tahun Maut Serangan Jantung Ketika Masuk Rumah Hantu. Salam Takziah Buat Keluarga

Saban hari kita mendengar berita kematian yang tragis. Asbab kematian itu pula berbeza-beza, tanpa mengira latar belakang dan usia.

RAKAMAN KEJADIAN TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Baru-baru ini, kita juga dikejutkan dengan pemergian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas masuk ke sebuah rumah hantu di Pahang.

Menerusi Facebook pengerusi dan sukarelawan UKVJ dikenali sebagai Mr Wan Cai, Allahyarham Mohammad Suhairil dikatakan tiba-tiba rebah sewaktu berada di sana.

Hasil laporan mendapati dia mengalami heart attack dipercayai akibat terkejut pada 1 November lalu. Jasad remaja tersebut diuruskan oleh pihaknya, termasuklah dibawa balik ke kampung halaman di Melaka bagi proses pengebumian.

Menurut Mr Wan Cai, Allahyarham Mohammad Suhairil disifatkan sebagai seorang budak yang baik serta rajin bantu ibu bapanya menjual nasi lemak sebagai pendapatan utama keluarga. Terdahulu, anak kelima daripada enam beradik itu mengikut keluarga rakan baiknya untuk bercuti di Pahang selama 3 hari 2 malam yang awalnya berjalan tanpa sebarang masalah.

Namun percutian terus bertukar menjadi detik duka sewaktu mereka masuk ke rumah hantu di sana. Allahyarham kemudiannya dibawa ke sebuah klinik berdekatan, namun dia disahkan telah menghembus nafasnya yang terakhir. Selesai urusan pengebumian pada semalam, Mr Wan Cai turut berharap agar seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian remaja tersebut.

Tonton Rakaman Kejadian : SILA KLIK SINI

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Asal : KisahDunia & Mr Wan Cai Official

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *