LIPIS – Seorang pekerja kontrak hospital maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Mahmud di sini dekat Institut Pertanian Kuala Lipis pada awal pagi Jumaat.
Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan sehingga melanggar bahagian hadapan motosikal terbabit
“Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis.
Motosikal yang ditunggangi mangsa remuk dalam kemalangan tersebut. Foto Ihsan PDRM
“Namun mangsa telah meninggal dunia di unit kecemasan hospital tersebut pada jam 6.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, pemandu kereta itu telah ditahan dan dihantar ke hospital untuk diambil sampel darah dan air kencing untuk menguji tahap alkohol serta dadah.
“Bedah siasat dijalankan selepas membuat ujian saringan Covid-19 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya.
SALAM TAKZIAH BUAT KLUARGA
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
𝖲𝖴𝖬𝖡𝖤𝖱 : / FACEBOOK