Semasa

Lima SekeIuarga Maut Dirempuh Pemandu Yang Leka Bermain Telefon Bimbit ,

HUNAN, CHINA – Seorang kanak-kanak terselamat, namun ibu bapa dan 3 adik beradiknya maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berjalan di tapi jalan, lapor China Digital Times.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi 2 Oktober lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan suami isteri berjalan di bahu jalan sebelah kanan bersama dengan empat orang anak kecil mereka.

RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Suami isteri yang masing-masing memimpin tangan keempat-empat anak mereka di kiri dan kanan itu berjalan seperti biasa ke destinasi mereka.

Namun secara tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu dengan laju merempuh keluarga itu dengan kuat sehingga menyebabkan kesemua mangsa tercampak, manakala si bapa diseret lebih kurang 100 meter sebelum berhenti.

Lima sekeIuarga mavt dirempuh pemandu yang Ieka bermain telefon bimbit

Lima sekeIuarga mavt dirempuh pemandu yang Ieka bermain telefon bimbit

Lima sekeIuarga mavt dirempuh pemandu yang Ieka bermain telefon bimbit

Lima mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala hanya seorang sahaja kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu berpunca dari tindakan pemandu kenderaan itu yang bermain dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan dia tidak menyedari pemanduannya tersasar lalu merempuh keluarga berkenaan.

Difahamkan, pemandu itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Perhatian: Kejadian berlaku bertahun yang lepas. Semoga anda semua jadikan ianya satu pengajaran. Elakkan lah menggunakan telifon bimbit ketika memandu. Sayangi keluarga anda.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Sumber HDH

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *