Semasa

LUAHAN ” Biarpun Penat Dan Keluar Duit Sendiri, Kami Tetap Puas Hati Dapat Bantu Mangsa Banjir

Penat, tapi puas,” itulah luahan pemilik trak pikap, Mohamad Ridhuan Mohamad yang membantu mangsa banjir melandar di sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, pengalaman dalam dunia pacuan empat roda (4X4) serta mempunyai jentera seperti trak pikap adalah kelebihan untuknya dan rakan-rakan untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

“Ini kerana, hanya kenderaan kami yang boleh sampai ke tempat mangsa banjir. Jadi ini adalah satu daripada tanggungjawab kami untuk membantu pihak berkuasa dan NGO bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Biarpun kepenatan, kami rasa puas apabila membantu mereka yang mengalami kesusahan.

“Kami sanggup keluarkan duit poket kami untuk mengisi minyak, sanggup membaiki sendiri kerosakkan jentera semata-mata untuk membantu mereka,” katanya.

Semoga usaha Mohamad Ridhuan dan rakan-rakan dibalas dengan sebaik-baiknya.

Sumber : motoqar.com

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *