Semasa

KABAR DUKA ” , Seorang Pegawai Imigresen Maut Tercampak Dalam Kemalangan DigiIis Lori

PEGAWAI IMGRESEN MAUT TERCAMPAK DIGILIS LORI

ALOR GAJAH – Seorang pegawai Imigresen maut selepas tercampak dan digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 196.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), lewat petang semalam.

“Hasil siasatan, kita dapati sebelum kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berusia 35 tahun telah rosak dan berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa yang kemudian datang telah melanggar bahagian belakang kereta terbabit, menyebabkannya tercampak ke lorong kanan laluan sebelum dilanggar sebuah lori yang gagal mengelaknya,” katanya.

Tambahnya, pegawai JPJ dan pemandu lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Difahamkan, mangsa menetap di Bukit Katil di sini dan berulang-alik ke bekerja di Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

“Ketika kejadian keadaan jalan adalah lurus, manakala cuaca juga dalam keadaan baik dan tidak hujan

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Alor Gajah untuk bedah siasat dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

𝖲𝖴𝖬𝖡𝖤𝖱 : HM

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *