Semasa

Enam Pelajar Digntung Sekolah Dua Minggu, Selain Bakal Ditamatkan Pengajian Serta Merta Dari MRSM

Empat pelajar yang dipercayai menjadi suspek utama kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang rakaman videonya menjadi tular, ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.

“Empat pelajar telah ditahan petang tadi untuk siasatan lanjut,” katanya dilaporkan Sinar Harian.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Kesksaan kerana mersuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Mior Faridalathrash sebelum ini berkata, tujuh remaja bersama seorang mangsa masing-masing berusia 13 tahun dikenal pasti terlibat dalam kes berkenaan.

Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terbabit dalam kes buli seperti rakaman video tular di media sosial semalam digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM telah pun memanggil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan.

“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap, Naka di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.

Mahdzir, berkata MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis.

Jelas beliau, MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM dan kes akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temu duga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.

“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir memberitahu kejadian buli itu tidak akan mengganggu proses pengambilan pelajar MRSM pada tahun depan.

Katanya, sesi temu duga bagi pengambilan MRSM akan diteruskan seperti biasa termasuk menggunakan prosedur sedia ada.

“Kes ini adalah kes terpencil dan ia sekali sekala berlaku… ini emosi anak muda, kalau kita baca laporan penuh itu, ia lebih kepada kemarahan, kalau kau lapor benda (perkara) ini aku akan buat kau… lebih kurang macam itulah.

“Tak tahulah sekiranya ada peluang kedua dalam hidup dia (mereka), budak-budak lagi… kita akan laksanakan cadangan itu bermakna dia pergi sekolah lain,” katanya.

Mahdzir dalam pada itu, turut menasihatkan pelajar di bawah institusi pendidikan KPLB supaya membuat laporan kepada pengetua atau guru, tenaga pengajar serta kaunselor sekiranya berlaku kejadian seumpama itu.

Terdahulu media melaporkan polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat.

Sumber : bharian dan Awani

MAKLUMAN – Sementara itu, anda juga boleh membaca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE..TERIMA KASIH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *