SUNGAI PETANI – “Arw4h pada mulanya beritahu tak mahu turun ke laut sebab tidak sihat, namun saya terkejut apabila bangun tidur 6.30 pagi, saya dapati suami dan anak lelaki tidak ada di rumah pergi memukat udang,” kata Latipah Din, 60 tahun.
Latipah adalah isteri kepada Mohamad Ariffie A Razak, 68 tahun, dan ibu kepada Zulhusni yang ditemukan lem4s di pesisir pantai Kampung Tepi Sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari Pasar Bisik, Jeti Kuala Muda, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia kali terakhir bertemu dan berbual dengan suami serta anak kelapan daripada sembilan beradik itu malam tadi sebelum masuk tidur dan arw4h memberitahu tak sihat namun terkejut apabila dimaklumkan anak bongsu yang mereka turun ke laut memukat udang.
Latipah berkata, arw4h Zulhusni memang sudah lama menghldap s4wan namun kerap menemani ayahnya ke laut sejak berumur 18 tahun dan dia percaya suaminya itu cuba menyel4matkan anak mereka yang terj4tuh ke laut selepas diserang s4wan.
“Setahu saya, arw4h suami pandai berenang dan kejadian ini memang memeranjatkan.
Namun kami sekeluarga menerima pemerglan mereka dengan reda dan percaya dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Matang Bagan, Kuala Muda, dekat sini.
Jas4d 2 beranak terbabit ditemui terdampar oleh nelayan pada 10.30 pagi dan mereka dikatakan dalam perjalanan balik menjual hasil tangk4pan selepas turun ke laut.
Sebaik dimaklumkan penemuan j4sad dua beranak itu, ahli keluarga terus datang ke jeti dan menimbulkan suasana pilu kepada orang ramai apabila mereka yang terdiri daripada isteri, anak dan tiga remaja perempuan dipercayai ahli keluarga mngsa hanya mampu menatap dan mengusap wajah insan disayangi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mat1 mengejvt.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
Sumber HM / kedah kini
MAKLUMAN – Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sementara itu, anda juga boleh membaca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE..TERIMA KASIH.