Semasa

( VIDEO ) ” Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Muntah lkan Paus

KUALA TERENGGANU: Objek dipercayai muntah paus yang ditemui seorang wanita ketika memancing berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang perlu dibuat kajian bagi mengesahkan ketulenannya.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mama, berkata kajian itu penting bagi

memastikan objek seberat lima kilogram itu adalah asli atau gumpulan sisa lain yang naik ke daratan dibawa ombak.

Katanya, penemuan objek yang ditemui Aida Zurina Long, 41, yang tinggal di Kemasik Kemaman itu mungkin pernah berlaku sebelum ini tetapi jarang dilaporkan kepada media oleh mereka yang menjumpainya.

“Maklumat daripada orang ramai dapat membantu Jabatan Perikanan Malaysia dan menjadi sebahagian agen penyebar maklumat yang tepat kepada masyarakat umum, “katanya.

Baru-baru ini tersebar tentang seorang wanita mendkwa dia menjumpai mvntah ikan paus di perairan Marang.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, hasil kajian yang dijalankan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati objek tersebut bukanlah mntah dari haiwan terbabit.

Kajian itu disahkan oleh Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profesor Madya Dr Hasrizal Shaari yang mengambil masa hingga satu minggu untuk melakukan ujian ke atas objek terbabit.

Ujian menunjukkan objek terbabit tidak memiliki tiga bahan aktid utama pada ikan paus.

Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Muntah lkan Paus

Tiga bahan utama itu adalah ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (3 hingga 4 peratus). Jadi secara tidak rasmi saya mengesahkan bahan berkenaan bukan mntah ikan paus. – katanya.

Pihak UMT turut memaklumkan telah menerima 18 sample objek didkwa mntah ikan paus tapi semuanya tidak memilik ambergris.

Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Muntah lkan Paus

Bahan itu kemungkinan lemak sayur dan sebagainya yang terkumpul atau gumpalan sisa lain yang dibuang ke laut, tetapi hasil kajian ia terbukti bukan ambergris.

Untuk pengetahuan korang, UMT adalah satu-satunya universiti yang mampu melakukan kajian serta mengesahkan ketulenan sampel ambergris.

Keputusan Ujian MakmaI Mendapati Objek Ditemui Wanita Bukan Muntah lkan Paus

Tonton Video Di Bawah:

Kredit: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *