Lama tak mendengar cerita berkaitan selebriti popular, Sharifah Sakinah apabila sebelum ini memutuskan untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan penyakit berkenaan masalah berkaitan mental yang dihadapi.
Siapa yang tidak kenal Sharifah Sakinah. Aktres ini tidak pernah lekang dengan kontroversi yang menghantui kehidupannya. Walaupun sering dikecam kerana menayangkan tubuh badan, nampaknya Sakinah tidak pernah mempedulikan tanggapan masyarakat.
Terbaru, Sakinah sekali lagi mengundang kecaman apabila memuat naik sekeping foto berendam dalam bathtub dengan gaya seksi.
Foto tersebut menampakkan separuh bahagian badan Sakinah yang dipenuhi dengan buih sabun.
Menerusi kapsyen ditulis, pelakon berumur 32 tahun itu menyatakan dia sudah kembali ke set penggambaran selepas sekian lama berehat.
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang dilihat menasihati aktres berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar yang ingin dimuat naik.
Mereka juga seperti biasa menegur penampilan pelakon berkenaan yang dilihat agak tidak sopan terutamanya bergelar wanita Melayu Islam.
Seperti yang dijangka, ternyata perkongsian foto Sakinah itu kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired.
Rata-rata mula menjadi ustazah dan ustaz ‘segera’ dalam menasihati pelakon tersebut biarpun Sakinah tidak memberi sebarang respon. Malah, banyak juga akaun palsu yang muncul meninggalkan komen ‘nakal’.
Bagaimanapun, selain komen negatif, ramai juga peminatnya yang mendoakan agar Sakinah diberi hidayah untuk berubah satu hari nanti.
Sebelum ini, Sakinah pernah dikecam selepas memuat naik foto memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya ‘manja’.
Terdahulu, pelakon drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini telah terbang ke luar negara untuk merawati penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya sekitar pertengahan tahun ini.
Namun, selepas beberapa bulan berada di sana, dia dilihat sudah kembali ke Malaysia dan akan memulakan semula pengambaran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.
Sumber : Instagram @sharifah_sakinah