Semasa

Remaja 17 Tahun Tabahkan Diri Urus 6 Adik-Beradik Setelah Ibu Dan Ayah Tiada

Bergelar yatim piatu dalam usia muda menyebabkan seorang remaja ini menjadi ibu juga ayah yang menguruskan keperluan 6 orang adik-adiknya. Sesi persekolahan yang telah bermula sejak kelmarin amat bermakna buat remaja bernama Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 17, apabila terpaksa mengambil tanggungjawab mempersiapkan keperluan persekolahan 5 orang adiknya dan menguruskan seorang lagi adiknya yang berusia 4 tahun.

Ibu mereka, Noor Suidah Omar, 43, mening.gal dunia akibat pelbagai penya.kit seperti da.rah tinggi, kencing manis dan buah pinggang pada 2 Jun lepas. Sementara itu, bapanya, Mohd. Azman Tabri, 42, pula telah menghembuskan nafas terakhir pada Ogos 2019 setelah menjalani pembe.dahan bisul akibat jang.kitan kuman.

Rutin Remaja Yatim Piatu

“Sudah menjadi rutin harian saya menyediakan keperluan persekolahan adik-adik semasa sesi persekolahan biasa sebelum ini.

“Apabila sekolah dibuka se­mula hari ini (22 November), saya akan pastikan mereka benar-benar bersedia dan lengkap semuanya untuk ke sekolah. Selain memastikan pakaian seragam sekolah, saya juga menyediakan sarapan untuk mereka.

“Saya puas dapat melihat adik-adik saya ke sekolah dengan sempurna,” katanya ketika ditemui di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak pada 22 November baru-baru ini.

5 adiknya yang masih bersekolah ialah Nur Alleyana Darwina, 14; Nurallesyazwani Sofea, 12; Nurallyqalesyah Damia, 10; Nurallyfarisyah Najwa, 8, dan Nurallyshafirah Umairah, 6.

Sementara Muhammad Harraz Erfan, 4, akan dijaga oleh emak dan bapa saudara tatkala Nurallesyah Balqis dan 5 adiknya pergi sekolah.

7 Beradik Menumpang Kasih Emak Dan Bapa Saudara

Menurut Nurallesyah Balqis, sejak ibu bapanya mening.gal dunia, mereka dijaga oleh emak dan bapa saudaranya.

Katanya, emak dan bapa saudaranya menjadi tempat dia dan enam adiknya menumpang kasih sayang, mengadu masalah malah makan pakai serta didikan agama juga turut dijaga.

“Bapa saudara juga menghantar kami ke sekolah setiap hari, walaupun penat bapa saudara saya mengusahakan sawah padi di Sungai Manik, dia tidak pernah mengabaikan kami adik beradik.

“Begitu juga emak dan bapa saudara yang lain mengambil berat dan membantu kami,” katanya penuh syukur.

Jaga Seperti Anak Sendiri

Sementara itu, emak saudara kepada remaja tersebut, Nazlina Omar, 38, berkata, menjadi tanggungjawabnya dan suami menjaga 7 beradik itu selepas kem4tian ibu bapa mereka.

“Saya menjaga mereka seperti anak sendiri, Allah beri kami tujuh anak angkat,” katanya.

Dalam pada itu, Nazlina berharap ada pihak yang dapat membantu untuk menambah ruang di rumahnya untuk keselesaan tujuh beradik itu.

“Rumah ini sempit, tidak selesa untuk mereka buat kerja sekolah. Saya harap ada yang dapat bantu membesarkan bilik atau menambahkan satu lagi bilik untuk keselesaan mereka,” katanya.

Semoga remaja serta 6 adiknya ini berjaya di dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki kepada ahli keluarga mereka yang menjaga mereka dengan ikhlas.

Nota kaki : Kisah mereka pernah disiarkan oleh Harian metro pada 8jun lepas. Menurut maklumat daripada berita tersebut, jika ada yang hendak membantu boleh menghubungi ibu saudara kepada 7 beradik ini, Natrah Omar di talian 016-2862960.

Sumber : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *