Semasa

PILU, Pengh̷antar M̷akanan Telah Menghmbusk̷an Naf̷as Ter̷akhirnya Setel̷ah Dil̷angg̷ar 0leh L0ri

Terkini seorang penghantar makanan yang baru memenuhi tempahan pelanggannya, maut apabila motosikal yang dinaikinya diseret kira-kira 10 meter selepas berlanggar dengan lori di simpang empat Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah di Alor Gajah, tengah hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Muhammad Salman Nor Tazah, 19, yang bekerja dengan sebuah syarikat katering, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dirempuh lori membawa muatan udang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal pihaknya mendapati, pemandu lori berusia 33 tahun itu dikatakan memandu dari arah Masjid Tanah menghala ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, apabila sampai di simpang empat Taman Bidara Permai, motosikal ditunggang mangsa dari Taman Bidara Permai keluar simpang untuk ke Taman Idaman yang terletak berdekatan sebelum berlaku pelanggaran.

“Pelanggaran berlaku di tengah persimpangan berkenaan dengan motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Taman Tanjung Minyak, Bukit Rambai, Alor Gajah, dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page ya

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *