Semasa

Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan kesejukan ditinggalkan dalam kotak

BERA – Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan kesejukan ditinggalkan dalam kotak di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran jambatan Pejabat Risda di Kemayan hari ini.

Difahamkan bayi berkenaan ditemukan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran.

Ketua P0lis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, pihak polis menerima panggilan pada pukul 1.50 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang bayi.

Kotak yang ditinggalkan berhampiran kebun sawit di Kemayan, Bera hari ini.

“Apabila p0lis sampai di tempat kejadian menjumpai seorang bayi perempuan masih hidup dalam kotak di tepi kebun kelapa sawit.

“Pihak p0lis telah memaklumkan kepada pihak Klinik Kesihatan Kemayan dan bayi berkenaan dibawa ke klinik kesihatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya k̷es itu disiasat mengikut Seksudn 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Katanya, p0lis sedang giat melakukan siasatan dan mengenalpasti individu bertanggungjawab membuang bayi berkenaan. –

sumber: wowberita via Infomanafaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *