Semasa

Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok

Dalam hidup setiap anak amat memerlukan KASIH SAYANG dan perhatian secukupnya dari ibu ayah. Namun tidak semua dapat merasainya, ada yang sudah ‘kehilangan’ ibu sejak kecil dan menyaksikan pengorbanan seorang ayah yang bekerja keras membesarkan mereka.

Meskipun agak sukar, inilah realiti yang terpaksa dilalui. masalah sang isteri sehingga berlaku perpisahan sekaligus memberi kesan mendalam terhadap kehidupan anak-anak.

Pengorbanan seorang ayah dalam mencari rezeki

Baru-baru ini telah tular video yang memaparkan seorang lelaki sedang berniaga dalam sebuah kedai makan sambil mendukung anak perempuannya di negara jiran, Indonesia.

pengorbanan ayah

Video dimuat naik menerusi laman instagram tersebut mendapat perhatian warganet apabila lelaki berkenaan yang memakai kemeja-T berwarna kelabu menggalas beg besar di belakangnya, sambil menggendong anak perempuan dan kedua-dua tangan membawa beberapa plastik keropok kecil untuk dijual.

Kemudian, dua beranak ini dilihat duduk di sebuah meja untuk mengalas perut yang lapar dengan semangkuk bakso dan segelas air sahaja.

Menurut individu yang merakam video tersebut, dia bertanya mengapa lelaki berkenaan membawa anak kecil bersama ketika berniaga. Ternyata jawapan yang diperoleh membuatkannya begitu sebak.

”Ketika ditanya, Mengapa ayah ini membawa anaknya menjual, kerana isterinya tidak tahu pergi ke mana. Jadi tidak ada yang menjaga anak mereka.”

Lelaki berkenaan mendedahkan bahawa dia terpaksa membawa anak bersama ketika keluar mencari rezeki disebabkan oleh isterinya menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Pengorbanan seorang ayah, tidak pernah meminta dari orang lain

Walaupun berdepan ujian hidup sukar, lelaki berkenaan sanggup menolak pertolongan orang ramai yang berasa kasihan melihat keadaannya.

pengorbanan ayah

”Ketika kami ingin menghulurkan sedikit bantuan, Dia berkata sambil tersenyum, Lebih baik beri kepada mereka yang lebih memerlukan.

Disebabkan oleh dia yang tidak meminta-minta dan berhati mulia, pemilik kedai juga nekad memberikan makanan secara percuma.

Dan ketika saya hendak membayar makanan untuk mereka, pemilik kedai mengatakan tidak perlu kerana dia sudah belanja.”

Tanpa disuruh, lelaki berkenaan terus membantu mengangkat pinggan mangkuk serta membersihkan sendiri meja makan yang didudukinya. Pepatah ada mengatakan, ‘orang berbudi, kita berbahasa’.

Pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak-anak

Sebagai ketua keluarga dan ‘hero’ kepada anak-anak, sebenarnya terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah. Meskipun pada wajahnya kelihatan tenang, dalam fikiran tersimpan seribu satu masalah yang perlu dihadapi.

Ada beberapa pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah mereka beritahu pada anak-anak. Antaranya:

#1. Ayah kecewa bila tidak mampu beli mainan atau makanan kesukaan anak

Setiap ayah yang baik akan berusaha sehabis mungkin untuk melihat anak gembira. Jika mampu, satu kedai mainan mahu diberikan kepada si kecil.

Namun oleh kerana masalah kewangan, ayah akan rasa bersalah apabila tidak dapat memenuhi permintaan anak yang inginkan sesuatu. Tapi bila dapat gaji lebih, perkara pertama sekali ayah akan beli adalah keperluan seisi keluarga!

#2. Ayah berasa sangat penat

isteri tinggal suami

Bebanan tugas harian di pejabat ataupun bekerja sendiri kadangkala membuatkan ayah tidak sempat untuk menjamah nasi. Setiap lelaki bergelar bapa akan berusaha sehabis mungkin mengerah kudrat yang ada bagi mendapatkan sedikit wang.

Bagaimana dia dapat menempuhi rutin sebegini setiap hari, itu adalah rahsia dia. Sebab itulah waktu malam ayah akan lebih mudah tidur kerana siang hari sudah penat berkeja.

#3. Ayah sudah berikan sehabis baik untuk keluarga

Bagi memastikan perbelanjaan seisi keluarga sentiasa cukup, seorang bapa juga sanggup buat overtime sehingga tiada masa untuk bersama.

Meskipun sibuk bekerja, percayalah bahawa ayah hanya ingin berikan yang terbaik demi masa depan anak-anak.

Kadang-kadang situasi ini sukar untuk diterima oleh anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian ibu ayah. Cuti hujung minggu juga tidak dapat duduk bersama sehingga ada anak sanggup tunjuk tanda protes dan meragam di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *