Sungai Siputt: Seorang wanita ma.vt manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Besar, Kampung Tersusun Salak Baru, di sini hari ini.
Nahas tersebut menyebabkan m4ngsa, Nurul Yasmin Irana Abd. Rahim, 35, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil parah dan ma.vt di tempat kejadian.
Anak m4.ngsa berusia lima tahun yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput (BBP), Mohd. Azizi Zakaria berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 1.41 petang.
Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta dipandu m4.ngsa dan sebuah kereta jenis Hyundai Sonata.
“Pemandu kereta Kancil didapati tersepit di bahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.
“Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan m4.ngsa menggunakan ‘rescue tool’ dan mayat m4.ngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
SUmber: utusan