KUALA PILAH – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer tiga, Jalan Sawah Lebar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Anas Saufi Abdul Rashid, 26, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di
Kuala Pilah kerana mengalami kecederaan parah, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, kemalangan berkenaan membabitkan kereta jenis Produa Myvi yang dipandu mangsa dan kenderaan utiliti
sukan (SUV) jenis Honda HRV yang dipandu lelaki warga emas berusia 60 tahun bersama seorang penumpang perempuan berusia 58 tahun.
Amran berkata, pemandu SUV mengalami luka di tangan kanan dan dahi, manakala penumpang SUV pula masih menerima rawatan di Zon Merah HTAN.
Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Forensik HTAN untuk proses bedah siasat
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
Sumber kosmo & media tular
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah: