Semasa

Kononnya Ajak Keluar Jalan jalan Ibu Luah Rasa Sedih Ditinggalkan Di Rumah Orang Tua Oleh Anak anak

Seperti adegan di dalam drama, seorang ibu yang kini berusia 69 tahun terpaksa menelan kenyataan pahit apabila ditinggalkan oleh anak-anaknya di rumah orang tua, lapor Kompas..

Kisah mengenainya itu telah menjadi tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.

Wanita itu kini berada di Rumah Penjagaan Griya Lansia Husnul Khatimah di Kecamatan Wajak, Malang, Jawa Timur setelah ditinggalkan oleh anak-anak pada 27 Oktober yang lalu, lapor kompas..

Lebih memilukan, dia mendakwa telah ditipu oleh tiga anaknya yang mengatakan bahawa mereka akan keluar berjalan-jalan. Ternyata, itu semuanya helah untuk menghantar wanita tersebut ke rumah penjagaan itu.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Sebaik saja tiba di situ, dia hanya mampu pasrah meskipun memendam rasa kecewa terhadap anak-anaknya.

Mereka beritahu, ‘Ma hati-hati, mama sabar di sini’, saya iyakan saja,” katanya.

Sebelum ditinggalkan di rumah penjagaan itu, wanita itu juga sempat tinggal bersama anak perempuannya di Pekalongan, Jawa Tengah dan seterusnya berpindah ke tempat anaknya yang berada di Jakarta.

Ketika menceritakan detik perit yang dihadapi olehnya, wanita tua itu menitiskan air mata dan berharap agar anak-anaknya masih ingat kepadanya.

Dia turut mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya walaupun kecewa dengan tindakan mereka.

Semoga mereka panjang umur, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki,” ujarnya.

Dia juga mengaku sudah selesa tinggal di tempat itu sekarang dan tidak akan meninggalkan rumah penjagaan itu walau dijemput semula oleh anak-anaknya.

Tidak mau udahan, di sini saja ada yang merawat daripada disia-siakan,” katanya lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *