Semasa

Alfatihah.. Guru tadika meninggal dunia kemaIangan digiIis Iori. Salam takziah buat keluarga

KEMAMAN – Seorang guru tadika wanita maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain dipercayai lori di Kilometer 152, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Masjid Sultan Ahmad, Chukai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Qurratu Aini Mohd Azlan, 22, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, motosikal dinaiki Nur Qurratu Aini dipercayai bergesel dengan sebuah lori sebelum dia terjatuh ke atas jalan raya.

“Mangsa kemudiannya dipercayai digilis hingga maut oleh lori berkenaan. Begitupun, kenderaan berat itu tidak menghentikan kenderaan sebaliknya meneruskan perjalanan dipercayai menghala ke pusat bandar (Chukai),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan lanjut untuk mengenal pasti lori terlibat dan punca sebenar kemalangan sedang giat dilakukan.

Beliau meminta orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut berkenaan agar tampil untuk membantu siasatan polis.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *