Semasa

Selama 7 Hari Bertarung Nyawa, Nurul Atikah Akhirnya Pergi Jua

Pada 19 November lepas, di laporkan sebuah kenderaan perbagai guna MPV Kemalangan di kampung , Ayer Hangat, Langkawi.

Dalam kejadian 4.05 petang itu, anggota tentera yang juga pemandu kereta, Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23, mening.gal dunia di H0spital Sultanah Maliha (HSM), manakala seorang lagi mangsa, Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, mening.gal dunia di tempat kejadian.

Nurul Atikah Bertarung Nyawa 7 Hari

Manakala, empat penumpang lain parah dan dihantar ke HSM. Namun, semalam, Nurul Atikah Rashidi, 22, salah seorang daripada 4 penumpang ini telah menghembuskan nafas terakhir.

Sahabat kepada Nurul Atikah iaitu Rafidah Senapi berkata, “Arwah Nurul Atikah sibuk mencari pelamin dan jurusolek kerana mahu bertunang bulan depan namun Tuhan lebih menyayanginya,”

Menurut Rafidah, arwah sebelum ini banyak kali meminta maaf kepadanya kerana tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya 4 November lalu.

Kali terakhir kami bertemu ialah pada bulan lalu namun Nurul Atikah tidak menunjukkan perubahan sikap.

“Dia seorang rakan yang baik. Sebelum ini, kami kehilangan rakan baik pada Mei lalu tetapi kini giliran Nurul Atikah pergi selamanya,” katanya.

Rafidah juga memaklumkan bahawa arwah Nurul Atikah  menetap di Kampung Dusun Pengapit, Gajah Putih, Sik dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Sik.

Percutian Menjadi Tragedi

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata semua mangsa berusia antara 21 hingga 27 tahun itu adalah pelancong sedang bercuti di pulau itu.

Beliau berkata, semua mangsa terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan menaiki MPV Toyota Avanza dalam perjalanan dari Kuah menghala ke Ayer Hangat.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawasan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan Kampung Kilim.

“Kenderaan terbabit dipercayai dipandu laju di jalan lurus ketika hujan renyai,”

Akibat impak perlanggaran kuat, MPV itu remuk teruk dan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Takziah buat semua keluarga yang terlibat. Semoga mereka yang telah pergi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ajal seseorang itu tiada siapa mengetahui. Adalah sangat dianjurkan agar kita berdoa setiap hari agar diberi pengakhiran hidup yang baik, husnul khotimah.

Allaahumma inni as aluka husnul khootimah. Aamiin.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *