Semasa

Pak Cik Sempat Selfie Lepas Kereta Accident Undang Ketawa

Selalunya selepas kemalangan, reaksi pertama pemandu tentulah perasaan panik dan takut dengan apa yang terjadi. Tetapi berbeza pula dengan gelagat seorang pak cik ini yang meraih perhatian ramai apabila dia sempat mengambil selfie di hadapan keretanya selepas kemalangan yang berlaku.

Gelagat lucunya ini turut tular dikongsikan apabila video tersebut meraih hampir sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat pak cik tersebut yang masih lagi sempat mengambil selfie di dalam kekalutan itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan keadaan sekitar yang berlaku di tempat kejadian di mana sebuah kereta telah terjunam ke dalam longkang. Malah turut dapat dilihat, keadaan kereta itu yang terbalik dan remuk pada bahagian hadapan kereta.

Dalam masa yang sama, turut kelihatan dua orang pak cik yang berdiri di hadapan kereta itu dan salah seorang darinya sedang membuat panggilan telefon. Manakala seorang lagi pak cik dilihat sempat mengambil selfie terlebih dahulu di hadapan kereta itu.

pak cik selfie

Lebih melucukan, pak cik tersebut juga dilihat sangat tenang semasa mengambil selfie itu manakala rakannya kelihatan serius ketika bercakap di telefon. Melihatkan gelagat selambanya ini, ramai juga netizen yang memuji reaksi tenangnya yang tidak panik walaupun ditimpa kemalangan.

Di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat gelagat selamba pak cik tersebut yang masih sempat mengambil selfie di dalam situasi itu. Ada juga netizen yang berseloroh mungkin juga dia mahu menghantar gambar tersebut kepada keluarganya terlebih dahulu.

“Pak cik tu sempat selfie eh hahahaha.”

pak cik

“Yang penting kan selfie dulu boss.”

selfie

“Menyempat hahahaha.”

komen

“First time aku tengok bila accident orang ambil selfie.”

tik tok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *