Semasa

Khatam Lebih 100 Kali “Abu Bakar Ismail Bervsia 96 Tahun Set1a Baca Al-Quran Walaupun Sudah Berusia Lebih 50 Tahun” SubhanAllah

Al-Quran merupakan Kalamullah, panduan hidup muslim yang jika dibaca akan memberi kebaikan seribu satu macam kepada pembacanya. Telah dijanjikan pahala berganda oleh Allah SWT jika membacanya. Tidak menyia-nyiakan ganjaran besar ini, seorang warga emas, Abu Bakar Ismail, 96, telah khatam al-Quran sebanyak 130 kali.

ROSLINA bersama bapanya.

Anak bongsunya, Roslina Abu Bakar, 51, yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan berkata, “Setiap hari, ayah meluangkan masa 30 minit hingga 1 jam untuk mengaji al Quran. Ia rutinnya selepas solat fardu. “Ketekunan ayah dengan amalan ini membolehkannya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 4 atau 5 bulan,”

Setia Bersama Al-Quran Lebih 50 Tahun

Antara lain yang menyentuh hati adalah, Abu Bakar setia membaca alQuran milik isterinya, Hamidah Ali, yang telah berusia lebih 50 tahun. Roslina berkata, walaupun alQuran itu lu suh dan ada bahagian tertanggal, bapanya cukup sayangkan kitab suci itu.

Tidak Mahu Ganti Al-Quran Lain

“Sudah beberapa kali kami mahu gantikan alQuran baharu namun ayah menolak. Selain alQuran, ayah juga suka memakai songkok lama yang berusia lebih 30 tahun. Warna songkok itu pudar, berubah bentuk dan lembik. Namun bagi ayah, songkok itu masih boleh digunakan,” ujar Roslina.

SONGKOK lama yang berusia lebih 30 tahun milik Abu Bakar.

Sangat Menghargai Barang Beribadat, Sejadah Lu suh 10 Tahun

Selain itu, Roslina juga memaklumkan bahawa bapanya pernah memiliki sejadah lama, tetapi dia menukar kepada baharu kerana keadaannya terlalu lu suh. “Sekarang ayah guna sejadah berusia 10 tahun. Saya dan suami hormat pendirian ayah yang sangat menghargai dan menyayangi barangan untuk beribadat.

SEJADAH lusuh yang digunakan Abu Bakar untuk beribadat.

“Saya berdoa ia (alQuran, sejadah dan songkok) menjadi saksinya di Padang Mahsyar dan membantu memudahkan urusannya di akhirat,” katanya.

Bukan hanya itu, selepas solat Maghrib, selain mengaji alQuran, bapanya turut membaca Yasin dan berzikir sementara menunggu Isyak. Sebelum ini bapanya rajin melaksanakan puasa sunat. “Namun, 2 tahun kebelakangan ini, ayah tidak dapat melakukannya atas faktor kesihatan.

Setiap Hari Baca Akhbar Bahasa Inggeris Dan Melayu

“Pada waktu terluang, ayah membaca surat khabar. Setiap hari, saya membelikannya akhbar berbahasa Inggeris dan Melayu. Ayah mengulang membaca surat khabar ini hingga ke petang,” katanya. Roslina juga berharap agar terus dapat menjaga kebajikan bapanya.

Jadi Jutawan Pahala Dengan Contohi Abu Bakar

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, “Satu al-Quran ada 30 juzuk yang mengandungi 6,666 ayat. Kita boleh bayangkan banyaknya pahala yang boleh diperoleh apabila dapat mengkhatamkan kalam suci ini.

MOHAMAD Shukri. FOTO BERNAMA

“Membaca al-Quran perlu diprogramkan oleh setiap individu tidak kira orang muda atau warga emas, sama seperti aktiviti lain. Perlu ada sasaran dalam setahun, mahu berapa kali khatam al-Quran,” katanya. Apabila membaca al-Quran, kita melaksanakan sebahagian ajaran Islam. Selain membaca al-Quran, perkara penting yang perlu diberi tumpuan ialah menghayati isi kandungannya,” katanya.

Mohamad Shukri turut mengucapkan tahniah kepada Abu Bakar Ismail, 96, kerana sudah 130 kali khatam al-Quran dan memanfaatkan usianya untuk mengumpul pahala sebagai bekalan akhirat. “Kita perlu jadikan Abu Bakar sebagai contoh,” katanya.

Subhanallah. Sangat menyentuh hati dan menginspirasi untuk terus beramal ibadah. Jika tidak dapat jadi jutawan dunia, jadilah jutawan pahala akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *