Semasa

Khabar duka, anggota poIis meninggal dunia motosikal diIanggar bas. Salam takziah buat keluarga

BENTONG – Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya yang masuk ke laluan bertentangan dilanggar sebuah bas di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu berlaku ketika mangsa Arisham Azahari, 37, yang bertugas di Balai Polis Dong di Raub dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa cuba memotong kenderaan ketika kesesakan lalu lintas dan melanggar sebuah motosikal di hadapan menyebabkannya terjatuh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas.

“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Luahan hati Isteri :

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar!!

Pemergianmu membuatkan jiwaku kosong, awak tau kan sy sygkan awk lbh dr DIRI SAYA SENDIRI. Tiada lg senyuman yg blh tenangkan sy, tiada lg suara yg ajk saya solat bersama2,tiada lg gurau senda dr mu. tiada lagi sesi discussion buat kite berdua.

Sesungguhnya, anak2 sgt merasakan kehilanganmu.. DAMAILAH DI SANA B, SAYA TAHU AWAK PENAT…. PENAT DENGAN HAL DUNIAWI, PENAT DENGAN FITNAH DUNIA.. Tenanglah syg, sy redha dengan permergianmu wahai cinta hati

Tonton Video :

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga tabah hadapi dugaan ini pic.twitter.com/A9abg3m2j8

— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) October 20, 2021

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Kosmo, Facebook Amira Mira

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *